Robot Forex Terbaik Pada Abad Ini

Enter your email address:

 


Ramai yang mencari robot forex atau EA forex yang terbaik untuk digunakan dalam strategy trading mereka. Jika boleh, mereka mahukan yang mana 100% aktiviti trading tersebut dikawal sepenuhnya oleh robot forex atau EA forex yang digunakan (saya ada terangkan juga antara method dan strategi terbaik trading adalah trade menggunakan EA secara manual).

Ya, memang ada yang boleh dan berkemampuan untuk melakukan 100% trading activity oleh robot atau EA, tetapi kadar risiko dan juga drowdown juga akan bertambah tinggi jika dibiarkan. Jadi antara langkah yang bijak yang boleh dilakukan adalah dengan campur tangan trader itu sendiri yang menjadikan activity trading menjadi separa auto. Dengan ini anda dapat mengawal keadaan semasa drowdown, berapa total lot yang sedang berlangsung dan juga profit atau loss yang di-locked pada waktu tersebut untuk menampung equity semasa.

Secara peribadinya kami telah mencuba banyak sangat robot-robot atau EA forex di luar sana dan antara yang kami telah cuba adalah EA Jepara, EA Sabut dan yang terbaik setakat ini adalah EA Jentayu. Saya terangkan sedikit setiap satu EA yang kami gunakan ya..


EA Jepara.

Ini merupakan antara permulaan EA yang kami consistent gunakan dalam tempoh 3 bulan. EA Jepara ini berfungsi dengan baik dengan pair Gold, EJ, UJ dan juga GJ (pair-pair yang bergerak laju). Cara setting dan kawalan yang kami buat adalah separa auto (separuh manual) yang mana kami akan campur tangan untuk cutloss bila perlu.

Kebiasaannya bila drawdown melebihi 30%, kami akan cutloss dan EA Jepara akan berfungsi untuk mengimbangi balik equity yang sebelum ini kami ada. Strategi open position dan trading EA Jepara adalah menggunakan concept martingle. Bila mana pada keadaan meninggi atau menurun dari keadaan asal, maka EA akan buka position (mengikut nisbah jarak pip yang telah diformulakan) secara berkala dengan lot yang makin membesar (ini yang menggerunkan sebenarnya).

EA Jepara amat sesuai tika mana market dalam keadaan ranging atau sideway tetapi amat berisiko bila market mula menjadi trending (menaik atau menurun). Ia juga tidak berapa sesuai di-run ketika news-news besar serta selepas pukul 7:00 pm dan pada hari jumaat petang kebiasaannya kami akan cutloss semua position dan menutup EA Jepara dari running.

Kami test EA Japara ini pada broker FBS sahaja. Antara sebab kami test di broker ini kerana komisyen spread yang agak baik untuk kami as affiliaters.

Jika anda ingin menggunakan robot atau EA Jepara ini, saya nasihatkan anda mempunyai capacity balance yang besar (modal permulaan yang besar) yakni seperti $5,000 – $10,000 USD untuk bermula dengan menggunakan sizelot yang kecil (ia sangat baik jika di run di akaun micro atau cent) serta leverage yang besar seperti 1:3000 ke atas.

Buat masa ini kami stop kan sekejap menggunakan EA ini apabila terdapat 2 akaun kami yang mempunyai balance yang besar (lebih $3000 usd setiap akaun) tergolek! Jadi kami mengambil keputusan untuk stop kan sekejap kerana ia berisiko tinggi untuk diteruskan walaupun dijaga oleh 2 orang trader berpengalaman bagi akaun-akaun trade tersebut. Projek eksperimentasi menggunakan EA Jepara akan disambung kami bila mana setiap akaun mempunyai equity melebihi $20,000 usd setiap satu.  Baru rasa berbaloi nak sesah kelak.


EA Sabut.

Ini adalah EA ke-2 yang kami ujikaji dengan menggunakan modal yang rendah (serik terkena dengan EA Jepara) yakni serendah $100 usd. EA Sabut ini akan buka single position di setiap waktu tertentu mengikut SOP yang telah ditetapkan. Selagi position tersebut tidak close maka selagi itulah position baru tidak akan dibuka walaupun sudah ada setup cun yang ready.

Pada mulanya kami rasa agak sesuai juga kerana dari segi drawdown dan risiko yang agak rendah. Tetapi tidak berbaloi dengan objektif asal kami yakni ingin buat profit yang baik dalam masa yang ditentukan. Terlalu lambat untuk menunggu profit! Seminggu open position masih tidak menguntungkan. Huhuhu.. disebabkan itu, kami off kan terus EA Sabut ini dari terus beroperasi dan meneruskan ujikaji EA kami kepada yang seterusnya.

Tidak banyak yang boleh diulas sangat bagi EA Sabut ini, kerana kami menggunakannya dengan kadar masa yang sebentar sahaja.

Untuk EA Sabut, kami gunakan broker Think Market kerana spread nya halus tetapi komisyen affiliate nya rendah. Di sini kami berpendapat, bagi setiap EA yang digunakan, perlu digunakan pada broker yang betul.

So? Next EA pula..


EA Jentayu V1 & V2.

Fuh the best ever EA pernah kami test. Itulah yang boleh kami katakan. Kami menggunakan EA Jentayu ini dari peringkat awal ia di-release pada umum (yakni bermula dari V1). EA Jentayu ini antara EA yang agak canggih pernah kami gunakan berbanding EA-EA yang lain. Lihat sahaja antaramuka EA Jentayu (yang latest V2) di bawah ini:

Dashboard yang memaparkan bila mana akan terbentuk setup-setup yang cun samada untuk buy atau sell mengikut indikator dan SOP yang telah ditetapkan. Sangat seronok kerana kita tahu betapa validnya setiap position, walaupun ada juga kadang kala ia bertentangan arah dari yang sepatutnya, maka di sini perlunya campur tangan manual untuk counter samada hedging atau tambah entry pada SBR/RBS (support become resistant atau resistant become support) seterusnya. Tapi masukklah dengan ilmu.. jangan main taram je.

EA Jentayu ini akan sentiasa buka position bilamana setup cun muncul dan lengkap mengikut SOP menggunakan fixedlot size yang telah ditetapkan ketika setting EA. Jadi bagi setiap akaun yang digunakan, amat disarankan bermula dari $1,000 usd dengan mengenakan ready position bagi 24 pairs yang ada. Ada kalanya kami akan off kan pair-pair yang sedang berlangsung sentiment seperti pair yang melibatkan EU, GBP dan Gold. Dan focus pada pair yang lain (dan still profitable).

Untuk EA Jentayu ini kami tentukan beberapa objective sebelum memilih kriteria broker. Objective utama kami bukan pada profit trading tapi difocuskan dahulu pada komisyen affiliate atau pembahagian komisyen spread dari broker kepada affiliaters seperti kami. Selebihnya kami akan cutloss bagi position yang sedang profit pada minimal loss pada “akhir session” trading yang telah kami tetapkan. Imbal baliknya, kami still in profit dengan kadar yang sangat baik. Ada kadangkala mencapai lebih 200% dalam masa sebulan trading dijalankan.

Bagi projek EA Jentayu ini, kami run di multiple broker yang telah dipilih yakni di FBS, Piphijau dan juga di Liteforex. Kami pernah run di Forex4U tetapi tidak sesuai di sana kerana ada commission charge yang dikenakan oleh broker. Jadi kami focuskan pada 3 broker pertama tadi.

Alhamdulillah as for now ia berjalan, ia amat menepati ciri-ciri dan objective yang kami ingin capai. Kami dapat kaut keuntungan dari segi affiliate commission partner, profit dari trading dan yang terbaru hasil dari activity copytrade serta profit sharing.


Jadi itulah serba sedikit perkongsian pengalaman kami tentang meng-eksperimentasi EA atau robot Forex yang ada di pasaran. Dan so far buat masa ini kami masih lagi stick pada EA Jentayu sebagai penggerak utama projek ini. Anda ada perkongsian? Boleh kongsikan dengan kami di ruangan di bawah.

 

(anda juga boleh join FREE Signal Telegram Channel kami)

 

Facebook Comments
Translate »