Hari Ni Cuti Umum, So Tak Boleh Trade La eh?

Ya, hari ini merupakan hari cuti umum kerana ia jatuh pada 1 January 2020 yakni hari pertama bagi tahun baru. Mostly broker yang menjalankan activity forex brokerage akan cuti pada hari ini. Malah mereka juga akan cuti pada hari-hari cuti umum, cuti perayaan serta cuti peristiwa khas.

Sebagai trader forex, maka hari cuti menjadi hari pishang mereka.. hehehe.. masakan tidak, hanya pada hari bekerja sahaja mereka boleh menjalankan activity trading mereka. Dan mereka kebiasaannya tidak sabar untuk menunggu hari Isnin menjelang!

Jadi apa yang boleh dilakukan oleh para forex trader pada hari cuti? Ya, saya hanya focuskan pada mereka yang trade forex sahaja… Ok, berikut adalah activity yang boleh anda jalankan dan buat pada hari cuti umum ini:

  1. Anda boleh mula cuba trade crypto-currency. Market crypto ni takda cuti. Ia berjalan sepanjang masa 24/7 setahun. Jadi anda boleh start belajar dan mendalami cara dan teknik yang sesuai untuk trade crypto. Pilih pair crypto yang sudah lama dan agak matang dalam pasaran contohnya pair BTC/USDT.
  2. Anda boleh mengisi masa ini dengan menawarkan service coaching, mengajar, kelas atau seminar mengenai industri financial instrument lebih-lebih lagi trading forex. Di sinilah anda boleh menajamkan lagi ilmu-ilmu teknikal dan fundamental yang anda ada dengan kaedah mengajar. Percayalah, dengan cara ini anda akan menjadi lebih mahir, cekap dan juga secara tidak langsung membina network serta credibility anda sebagai trader professional.
  3. Pergilah bercuti dan luangkan masa lapang ini dengan orang yang tersayang serta keluarga. Bukankah objective utama kita adalah untuk mencapai “kebebasan masa & wang”. Maka gunakan waktu ini sebaiknya. Boleh dijadikan tempoh untuk bertenang dan mendekatkan diri dengan Allah serta keluarga tersayang.
  4. Masa untuk buat backtest dan analisa market. Yup, asah dan tajamkan pemerhatian terhadap market semasa. Ia boleh dijadikan rujukan preparation sebelum entry bila market buka nanti. Senang nak buat forecast kelak!
  5. Masa yang sangat sesuai untuk menambahkan lagi activity marketing anda. Jika anda seorang IB, maka anda boleh gunakan masa ini untuk anda susun strategy dan mantopkan lagi activity sales dan marketing anda. Buat perancangan harian, mingguan, quarter dan tahunan terus untuk anda serta team anda bergerak. Saya percaya, jika anda gunakan masa cuti dengan baik, sales IB serta team anda akan bertambah banyak.

Hari cuti, kita gi berjalan tengok tempat orang.. baru luas pengalaman dan pengetahuan

Cukuplah 5 activity yang anda boleh lakukan bilamana market forex tutup. Anda rasa anda ada masa free untuk dibuang? Hmm.. lepas ini confirm anda akan fikir banyak kali kan, apa perlu buat bila ada masa terluang.. 😉


(anda juga boleh join FREE Signal Telegram Channel kami)

Pss.. pernah dengar pasal copytrade atau EA?

Facebook Comments
Translate »